Happy Family Kit ini merupakan hasil inovasi staf Unit Kesihatan
Keluarga, Klinik Kesihatan Sungai Besar. Kit
ini mula dicipta pada bulan Ogos 2015 untuk dipertandingkan di antara unit-
unit KK Sg Besar sempena Kem ‘I Want’, peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam pada 5 September 2015. Semasa kem
tersebut, penggunaan hasil inovasi ini telah berjaya menarik minat pengunjung
ke tapak pameran.
Kit ini dicipta bagi tujuan pendidikan kesihatan dan mempromosikan
perkhidmatan kesihatan keluarga dalam kaedah yang bukan konvensional kepada
klien. Ia mempunyai tiga komponen utama iaitu rumah perancang keluarga, payung
imunisasi dan manual motivasi
keluarga.
Ciri- ciri hasil inovasi ini
menepati konsep 4M iaitu mobile,
menarik, murah dan mudah dibuat. Kit ini
mudah untuk dibawa ke mana- mana untuk tujuan pameran kesihatan semasa kem
kesihatan, juga penggunaan di klinik kesihatan sewaktu sesi kaunseling
perancang keluarga dan pemeriksaan kanak- kanak dilakukan. Dengan penggunaan kit ini, dapat meningkatkan tahap
kepuasan pelanggan dan penerimaan maklumat dengan lebih berkesan semasa proses kaunseling
diberikan. Selain itu, ia dapat menjimatkan masa semasa proses kaunseling
berlangsung sama ada secara individu atau berkumpulan.
Rumah perancang keluarga
Rumah perancang keluarga ini diperbuat daripada kotak yang
dibentuk menjadi sebuah rumah. Rumah ini boleh dibuka, dilipat dan dipasang
semula. Bahagian dinding dalam rumah mengandungi informasi berkaitan jenis-
jenis alat perancang keluarga yang disediakan di fasiliti kesihatan kerajaan. Penerangan
ringkas tentang setiap kaedah perancang, keberkesanan, kelebihan dan kesan
sampingan kaedah terdapat dalam rumah ini. Selain itu, contoh alat- alat
perancang turut disertakan.
Payung imunisasi
Bayi memegang payung merupakan simbolik
kepada perlunya imunisasi untuk melindungi bayi daripada penyakit berjangkit
seperti measles (campak), TB, polio, diphtheria, pertussis (batuk kokol),
tetanus (kancing gigi), Hemophilus Influenza B, mumps (beguk), rubella,
Hepatitis B dan JE. Di sekeliling payung terdapat nama- nama vaksin imunisasi,
serta penyakit- penyakit berjangkit yang boleh dicegah serta waktu (usia bayi)
untuk imunisasi perlu diberikan kepada bayi.
Manual motivasi keluarga
Manual ini lengkap dengan topik kesihatan
wanita dan kanak- kanak, meragkumi amalan dan kaedah perancang keluarga, kesihatan perkembangan
dan tumbesaran kanak- kanak, pemakanan yang sihat untuk kanak- kanak serta
soalan lazim mengenai vaksin dan imunisasi. Penerangan lebih jelas tentang
payung imunisasi turut dimuatkan dalam manual ini.
Baru- baru ini telah berlangsung Karnival Inovasi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dari 7
hingga 8 Disember 2016 di Hospital Selayang.
Happy Family Kit telah dipertandingkan sewaktu karnival inovasi ini, dan telah berjaya memenangi
Anugerah Penghargaan Pengadil Projek Inovasi bagi kategori (proses) dan
mendapat pujian dari para juri dan pengunjung booth pameran. Rata- rata pengunjung memberi komen positif terhadap
‘Happy Family Kit’ ini- kreatif, menarik dan informatif!
Dari kiri: JM Siti Aslinda Samad, JK Norhafizah Noordin, JM Premala a/p Krishnan, Dr Hjh Jamaliah bt Jamil (Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam), KJK Asnita Md Arim dan Dr Hjh Noraini bt Jali |
Ahli Kumpulan Inovasi ‘Happy
Family Kit’:
Dr Noraini Jali, Dr Hatharul Irni Abdul Halim, KJK Asnita
Md Arim, JK Norhafizah Noordin, JM Ungku Balqis Ungku Mahmood, JM Siti Aslinda Samad,
JM Premala a/p Krishnan
Klinik Kesihatan Sungai Besar, Sabak Bernam
No comments:
Post a Comment