"APAKAH KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG TERBAIK
DAN BERKESAN UNTUK SAYA?"
Kita
telah membincangkan tentang kehamilan yang berisiko dan telah mengenalpasti
wanita yang berisiko tinggi sekiranya mereka hamil dalam post sebelum
ini; seperti wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi atau kencing manis,
ibu hamil yang menghadapi masalah anemia (kurang Hb) dan sebagainya. perancangkeluargasabak.blogspot.my/2016/09/siapakah-golongan-wanita-yang-berisiko.html?m=1
Jadi, bagi ibu yang baru melahirkan anak untuk
menjarakkan kehamilan, atau bagi wanita berusia 40 tahun ke atas yang tidak
berkeinginan zuriat lagi atas sebab kesihatan dan faktor usia, harus
mengamalkan kaedah perancang keluarga; sama ada kaedah semulajadi atau moden.
Kaedah semulajadi termasuklah azal, LAM (lactation
amenorrhea), kaedah kalendar menentukan waktu subur dan kaedah kepekatan
mukus serviks. Kaedah moden adalah kondom, pil, suntikan, alat dalam rahim
(ADR), implan dan kaedah sterilisasi (vasektomi, BTL).
Terdapat beberapa perkara penting perlu diambil
kira sebelum membuat pilihan kaedah perancang keluarga.
i. Keberkesanan
- kaedah yang paling berkesan tidak memerlukan
tindakan berulang. Sekiranya seseorang klien ingin mengambil pil sebagai kaedah
perancang keluarga, klien seharusnya berdisiplin untuk mengambil pil setiap
hari atau seperti yang diarahkan untuk hasil yang berkesan.
ii. Kesan sampingan
- Sebaik- baiknya berbincang dengan jururawat,
farmasi atau doktor untuk mengetahui kesan sampingan sesuatu kaedah
kontraseptif. Seperti kaedah hormon (pil, suntikan dan implan), kesan sampingan
adalah biasa pada permulaannya, tetapi mungkin hilang selepas beberapa
bulan.
iii. Kekal, jangka
panjang atau jangka pendek
- ADR adalah antara kaedah perancang keluarga
untuk jangka panjang, iaitu selama 3 tahun. Sekiranya selepas 3 tahun
pemakaian, klien hendak memasang semula ADR yang baru, prosedur mengeluarkan
ADR yang lama dan memasang ADR yang baru boleh dilakukan pada masa yang
sama.
iv. Masalah
kesihatan/ perubatan yang dihidapi
- Sejarah perubatan/ pembedahan, sejarah
obstetrik/ kandungan yang lalu untuk setiap klien mesti diketahui sebelum
sesuatu kaedah perancang keluarga dimulakan.
v. Perlindungan
daripada HIV/ AIDS dan penyakit kelamin lain
- kondom adalah satu- satunya kaedah untuk mencegah
kehamilan yang boleh melindungi anda daripada jangkitan penyakit kelamin (sexually
transmitted infections).
Kaedah perancang keluarga yang berkesan
adalah kaedah perancang yang mempunyai Pearl Index kurang dari 9. Pearl
Index merujuk kepada bilangan kehamilan yang terjadi semasa menggunakan
kaedah perancang keluarga yang khusus bagi setiap 100 wanita dalam tempoh
setahun. Contoh kaedah perancang keluarga yang mempunyai Pearl Index
yang kurang daripada 9 ialah kaedah sterilisasi (vasektomi, BTL), kaedah
hormonal kontraseptif (oral, suntikan, implan) dan kaedah alat dalam rahim
ADR.
Pemilihan kaedah perancang keluarga sebaik- baiknya
dibuat dan dipersetujui oleh kedua- dua pihak suami isteri. Jika pasangan
memilih kaedah bersama, kedua- dua pasangan mungkin memberi sokongan sesama
sendiri dalam penggunaan kaedah itu. Selain dapat mengeratkan hubungan, perbincangan
dan perkongsian maklumat dengan pasangan juga menunjukkan keprihatinan tentang
kesihatan masing- masing.
Penggunaan Buku Panduan Kriteria
Kelayakan Perubatan dan Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif
Garispanduan ini digunakan semasa Pengendalian
Perkhidmatan Perancang Keluarga di Klinik- Klinik Kesihatan Kerajaan untuk
membantu petugas kesihatan semasa sesi kaunseling perancang dijalankan. Setelah
faktor risiko dikenalpasti serta pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
dijalankan, pelanggan dengan bantuan petugas kesihatan akan memilih kaedah
perancang keluarga yang sesuai. Buku ini digunakan sebagai panduan pemilihan
dan pemberian kaedah kontraseptif semasa permulaan rawatan dan susulan.
Disediakan oleh,
Dr Izanna binti Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga
Daerah Sabak Bernam
Rujukan:
1. Alat Bantu Membuat Keputusan Decision Making
Tool (DMT)
2. Modul Pengajar Program Perancang Keluarga
3. Indikator Kualiti Aktiviti Perancang Keluarga-
Amalan perancang keluarga yang berkesan di kalangan pelanggan berisiko
4. Buku Panduan Kriteria Kelayakan Perubatan dan
Soal Jawab Amalan Penggunaan Kaedah Kontraseptif
No comments:
Post a Comment