Mumtaz Mahal telah berkahwin pada tahun 1612 pada usia 19 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun sewaktu melahirkan anak yang ke-14, Gauhara Begum.
Kehamilan rapat (poor spacing) kurang dari 2 tahun mempunyai
hubungkait secara langsung dengan peningkatan morbiditi dan mortaliti
(kematian) ibu dan bayi. Jarak kehamilan yang disarankan adalah antara 2
hingga 5 tahun. Tempoh 2 tahun seperti yang disarankan oleh
Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan bagi Penyiasatan Kematian Ibu adalah
agar ibu kembali pulih dari semua aspek (fizikal, fisiologi, emosi,
mental, ekonomi dan lain- lain). Ibu juga dapat menumpukan kepada
penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskan sehingga 2
tahun atau lebih.
Dalam Kursus Pengukuhan Perancang Keluarga Peringkat Daerah Sabak Bernam yang telah dijalankan pada 29 Oktober 2015 lalu, Dr Nasim Muhammad Abd Kuthoose, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Sungai Besar telah menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk "Kepentingan Jarak Kehamilan 2 Tahun".
KEPENTINGAN MENJARAK KEHAMILAN KEPADA IBU:
Ibu yang hamil dengan jarak kehamilan kurang dari 2 tahun mengalami masalah 'maternal depletion syndrome'. Secara biologi, tubuh ibu belum bersedia untuk melalui semula proses kehamilan. Antara masalah yang biasa dialami oleh ibu- ibu ini ialah anemia, kekurangan sel darah merah. Selain itu, mereka juga terdedah kepada risiko pre-eclampsia, kematian ibu (risiko berganda sebanyak 2.5 kali), rahim pecah (uterine rupture) dan juga uri bawah (placenta praevia). Risiko untuk kes uterine rupture meningkat selepas kelahiran secara pembedahan (caeserian section) dengan peningkatan sebanyak 4.8% bagi jarak kehamilan kurang 13 bulan, 2.7% bagi kehamilan antara 13 hingga 24 bulan selepas caeserian section, dan 0.9% bagi jarak kehamilan melebihi 24 bulan.
Selain itu, bagi ibu yang masih menyusukan bayi dan hamil lagi, kebanyakan mereka akan mendapati produksi susunya akan berkurang, bahkan terhenti dan akan mula produksi semula ketika trimester ketiga.
Jarak kehamilan yang baik membolehkan ibu membuat persiapan secara fizikal, emosi dan ekonomi sebelum kehamilan berikutnya. Ia juga dapat memberi masa secukupnya kepada ibu untuk memberi tumpuan kepada perkembangan anak di bawah 2 tahun, memberi penyusuan sehingga 2 tahun dan juga memberi tumpuan kepada suami.
KEBAIKAN MENJARAKKAN KEHAMILAN KEPADA ANAK:
Selain kebaikan kepada ibu, menjarakkan kehamilan juga memberi faedah untuk bayi dan kanak- kanak.
KEBAIKAN MENJARAKKAN KEHAMILAN KEPADA BAPA:
Tidak terkecuali, bapa juga mendapat faedah daripada jarak kehamilan yang baik:
- Para bapa dapat membantu menjaga kesihatan dan memberi tumpuan kepada isteri dan anaknya
- Beri ruang masa yang mencukupi untuk bapa bersedia secara emosi dan ekonomi untuk memiliki anak berikutnya
- Mendorong bapa untuk berasa tanggungjawab dalam membuat keputusan bersama dengan isteri untuk kebaikan keluarga
Menjarakkan kehamilan juga memberi kebaikan kepada komuniti dan masyarakat dengan pengurangan kadar insiden kematian dan penyakit di kalangan ibu, bayi dan kanak- kanak.
Di akhir topik, Dr Nasim ada menyentuh isu menjarakkan kehamilan dari perspektif Islam.
Islam dengan jelas membolehkan sesorang wanita menjaga jarak kehamilan demi kesihatan ibu dan anak. *sapih- cerai susu/ berhentikan penyusuan susu ibu |
Dalam ayat suci di atas, jelas menerangkan kehamilan itu sendiri memerlukan pengorbanan yang tinggi dari seorang ibu. Setelah 2 tahun, barulah seorang ibu boleh hamil kembali dan proses kehamilan itu sendiri mengambil masa lebih dari 9 bulan. Ini bererti jarak yang ideal bagi seorang ibu untuk mempunyai anak berikutnya adalah 2 tahun 9 bulan.
Jarak kelahiran ini juga dapat dilihat daripada kelahiran anak- anak baginda Rasulullah saw sendiri.
Kesimpulannya, tempoh jarak kehamilan yang disarankan adalah 2-5 tahun sangat bermanfaat bagi ibu, bapa dan keluarga. Menjarakkan kehamilan juga tidak bercanggah dengan ajaran Islam, bahkan ada mesej dari wahyu bahawa ia satu tuntutan. Oleh itu, gunakanlah teknik kontraseptif yang ada untuk membantu anda menjarakkan kehamilan.
Disediakan oleh,
Dr Izanna binti Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Sabak Bernam
(diambil daripada slides presentation Dr Nasim)
Rujukan:
- American Journal of Obstetrics and Gynecology Volume 196, Issue 4, April 2007, Pages 297–308. Effects of birth spacing on maternal health: a systematic review Agustin Conde-Agudelo, MD, MPH1, Anyeli Rosas-Bermúdez, MPH2, Ana C. Kafury-Goeta, MD3
- World Health Organization (WHO). 2006. Report of a Technical Consultation on Birth Spacing, Geneva June 13–15, 2005. Geneva: WHO, Department of Making Pregnancy Safer and Department of Reproductive Health and Research.
- Extending Service Delivery (ESD) Project. 2006. Healthy Timing and Spacing of Pregnancies, A Pocket Guide for Health Practitioners, Program Managers, and Community Leaders. Watertown, MA: Pathfinder International, USAID ESD Project
-
The Effects of Birth Spacing on Infant and Child Mortality, Pregnancy Outcomes, and Maternal Morbidity and Mortality in Matlab, Bangladesh JULIE DAVANZO, ABDUR RAZZAQUE, MIZANAUR RAHMAN, AND LAUREN HALE WITH KAPIL AHMED, MEHRAB ALI KHAN, GOLAM MUSTAFA, AND KANIZ GAUSIA. Oct 2004
I just want to thank you for sharing your information and your site or blog this is simple but nice Information I’ve ever seen i like it i learn something today. IUD Malaysia
ReplyDelete