Thursday 8 September 2016

Siapakah golongan wanita yang berisiko tinggi sekiranya mereka hamil?


MENGENALPASTI KUMPULAN BERISIKO UNTUK HAMIL ADALAH ANTARA FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN KADAR KEMATIAN IBU DI MALAYSIA

Siapakah wanita yang mempunyai risiko yang tinggi sekiranya mereka hamil? Berdasarkan kepada Indikator Kualiti Aktiviti Perancang Keluarga terbitan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah menyediakan senarai semak keadaan kehamilan berisiko, seperti dalam jadual di bawah.


Bil
Keadaan
Keterangan 

1
Keadaan obstetrik yang luar biasa pada kandungan lalu
Merujuk kepada seorang ibu yang mempunyai sejarah obstetrik yang teruk/ berisiko tinggi seperti:
·         Pendarahan ante- partum (APH)
·         Pendarahan post- partum (PPH)
·         Pembedahan semasa bersalin (LSCS)
·         Hypertensive disorder in pregnancy
·         Gestational diabetes mellitus (GDM)
·         Anemia berulang semasa hamil (Hb<8g/dL)
·         Lain- lain (nyatakan..................)

2
Pariti 5 dan ke atas
Merujuk kepada 5 kali mengandung dan lebih (janin mencapai anggaran 22 minggu dan ke atas)

3
Kerapkali mengandung
Jarak antara kandungan rapat dan kurang dari 2 tahun. (untuk kelahiran yang terakhir)

4
Umur kurang dari 15 tahun
Kehamilan dalam usia dibawah 15 tahun
5
Umur lebih daripada 40 tahun
Merujuk kepada kehamilan ibu yang berumur lebih 40 tahun

6
Keadaan perubatan sekarang
Keadaan perubatan seperti:
·         Penyakit- penyakit kardiovaskular
·         Hypertension with end- organ failure
·         Blood disorder
·         Penyakit buah pinggang yang kronik
·         Diabetes with end- organ failure
·         Gestational trophoblastic tumour
·         Neoplasma
·         Anemia semasa postnatal
·         Lain- lain (nyatakan.........)
         
7
Penyakit berjangkit
HIV/ AIDS (wanita termasuk pasangan)

8
Lain- lain indikasi
Merujuk kepada penerima yang mempunyai sebab- sebab tertentu misalnya sakit jiwa atau keadaan sosial (contoh: skizofrenia kronik dan terencat akal)
 

Kehamilan di kalangan wanita yang berisiko tinggi adalah merbahaya kepada kesihatan ibu dan juga bayi. Laporan penyiasatan sulit kematian ibu hamil tahun 1995- 1996 mendapati 70% kematian ibu berlaku di kalangan ibu- ibu hamil berisiko tinggi yang tidak mengamalkan perancang keluarga. Manakala hanya 19% kematian di kalangan ibu mengamal perancang keluarga (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000). 

Graf ini menunjukkan hubungkait amalan perancang keluarga dengan kadar kematian ibu, di mana menunjukkan amalan perancang keluarga memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kematian ibu

Aktiviti perancang keluarga perlu ditumpukan kepada wanita berisiko tinggi dan ianya selaras dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana perkhidmatan perancang keluarga perlu fokus kepada tujuan safe motherhood iaitu demi kepentingan kesihatan ibu dan bayi. 

Antara impak kepada pelaksanaan indikator ini adalah:
a) dapat meningkatkan produktiviti dan sosioekonomi wanita dalam golongan umur reproduktif (15- 49 tahun) pada tahap yang optimum
b) kadar kehamilan dan kematian di kalangan wanita berisiko tinggi dapat dikurangkan (preventable conditions)


Disediakan oleh,
Dr Izanna Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Daerah Sabak Bernam

 Sumber:
1. A review of maternal mortality in Malaysia (2012)  
2. Indikator Kualiti Aktiviti Pearncang Keluarga- Amalan perancang keluarga yang berkesan di kalangan pelanggan berisiko, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia




No comments:

Post a Comment