Monday 19 September 2016

KEMATIAN IBU (MATERNAL MORTALITY)






APA ITU KEMATIAN IBU?

 Kematian ibu adalah kematian yang berkait dengan komplikasi kehamilan dan kelahiran. Definisi kematian ibu (maternal death) menurut WHO:
            A maternal death is defined as the death of a woman while pregnant or within 72 days of termination of pregnancy, irrespective of the duration and site of the pregnancy, from any cause related to or aggravated by the pregnancy or its mangement but not from accidental or incidental causes” 


Secara keseluruhan, kadar kematian ibu adalah 20 kali lebih tinggi di negara membangun berbanding dengan negara maju.
Dianggarkan seramai 10.7 juta wanita di seluruh dunia meninggal dunia dalam tempoh 25 tahun dari 1990- 2015 akibat komplikasi kelahiran. Kematian akibat bersalin dapat dielakkan sekiranya wanita mengambil langkah pencegahan awal ketika mengandung dan melahirkan anak. 

Matlamat Pembangunan Milenium (Millenium Development Goal MDG) telah diperkenalkan semasa Persidangan Kemuncak Millenium Bangsa- Bangsa Bersatu di New York pada September 1990. Terdapat 8 petunjuk utama yang merupakan agenda nasional, di mana Malaysia amat komited ke arah mencapai semua petujuk MDG tersebut. MDG 5 merujuk kepada matlamat  untuk mencapai penurunan kadar kematian ibu kepada 11 per  100, 000 kelahiran hidup pada tahun 2015.   Selaras dengan MDG, seharusnya kesihatan reproduktif dan seksual disediakan secara berkesan dan berkualiti kepada semua wanita. Ini boleh dilakukan dengan memberi kefahaman mengenai pentingya perancangan keluarga bagi mengelak masalah kandungan yang tidak diinginkan serta kehamilan terlalu kerap.  




Selepas 2015, Malaysia perlu bersedia untuk mencapai Pasca 2015 yang telah ditetapkan oleh PBB pada 2012 iaitu SDG (Sustainable Development Goals)- Matlamat Pembangunan Lestari bermula 2016- 2030. SDG ini merupakan sasaran utama global untuk menurunkan kadar kematian ibu kepada kurang daripada 70 per 100,000 kelahiran hidup menjelang 2030. Ia juga menitikberatkan penurunan kadar kematian yang boleh dicegah (preventable causes).   


KADAR KEMATIAN IBU DI MALAYSIA

Menurut Pelan Strategik KKM 2011- 2015, Malaysia menyasarkan kadar kematian ibu bagi 100,000 kelahiran hidup berkurangan dari 30 pada tahun 2010 kepada 11 pada tahun 2015. 
  

Kadar Kematian Ibu dari 1933 hingga 2012

Graf perbandingan kadar kematian ibu di Malaysia dengan matlamat MDG5

  • Sebelum tahun 2000, Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kematian ibu (MMR) secara mendadak 
  • Dari tahun 2000- 2012, MMR mengalami penurunan kecil antara 28.1 dan 23.2 kematian per 100, 000 kelahiran hidup
  • Walaupun jauh dari sasaran MDG, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran bagi indikator lain: iaitu peratus kelahiran selamat, liputan penjagaan antenatal, peningkatan Contraceptive Prevalance Rate dan penurunan kadar kelahiran kalangan remaja 
 Antara punca kematian ibu termasuk- pendarahan (terutama selepas bersalin), penyakit darah tinggi sewaktu hamil (pre- eclampsia/ eclampsia), jangkitan kuman (puerperal sepsis), pembentukan darah beku, penyakit jantung, komplikasi keguguran dan komplikasi masalah perubatan yang lain. 
Punca Kematian Ibu

FAKTOR- FAKTOR MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN KADAR KEMATIAN IBU DI MALAYSIA 

A)    Pembangunan infrastruktur kesihatan di kawasan pedalaman dengan penambahan pusat- pusat rawatan dan jururawat perbidanan
Jumlah kedatangan wanita hamil ke klinik meningkat dari 6 pada tahun 1980 keapada 12 lawatan pada 2010.
 
B)    Pengenalan program kesihatan untuk wanita dan kanak- kanak
1950- program MCH (Maternal and Child Health)
1970- High risk approach in MCH care 
1980- Safe Motherhood
1990- CEMD (Confidential Enquiry into Maternal Deaths)
C)    Mengenal pasti kumpulan berisiko untuk hamil melalui colour coding system (sistem kod warna)
 
D)    Peningkatan kelahiran selamat di mana kelahiran disambut oleh jururawat/ doktor terlatih dan kurang kelahiran yang disambut oleh bidan tradisional



PERANAN PERANCANG KELUARGA TERHADAP PENURUNAN KADAR KEMATIAN IBU

Di seluruh dunia, 4 daripada 10 kehamilan adalah tidak dirancang. Menurut Dr Anneliese Schnekhagen dari Pusat Endokrinologi Ginekologi dan Perubatan Reproduktif, Jerman, kehamilan tidak dirancang boleh dibahagikan kepada dua; 60% kehamilan berlaku pada masa yang salah (lebih cepat daripada yang diinginkan) dan 40% pula kehamilan yang tidak dikehendaki langsung. Salah satu punca kehamilan tidak dirancang adalah kerana kekurangan perkhidmatan dalam perancang keluarga khususnya di Afrika, Amerika Selatan dan Asia (maklumat dari PBB). 
Amalan perancang keluarga penting bagi mencegah ibu berisiko untuk hamil dalam keadaan belum bersedia. Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan kepada ibu- ibu yang dikenalpasti menghadapi masalah dan komplikasi kesihatan untuk menjarakkan tempoh mengandung sekurang- kurangnya dua tahun. Jarak kehamilan yang disyorkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan bagi Penyiasatan Kematian Ibu adalah 2 tahun agar ibu kembali pulih dari semua aspek (fizikal, fisiologi, emosi, mental, sosial, ekonomi dan lain- lain) serta dapat menumpukan kepada penyusuan bayi sekurang- kurangnya 6 bulan secara eksklusif. Terdapat sebanyak 50- 70% kes kematian ibu di kalangan wanita yang tidak pernah mengamalkan perancang keluarga seperti yang dilaporkan KKM, 2009- 2011. 

 
 
Jadi, perkhidmatan perancang keluarga yang terdapat di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta di Malaysia dan serata dunia perlu fokus kepada tujuan safe motherhood iaitu demi kepentingan dan kesihatan ibu dan bayi.


Disediakan oleh,
Dr Izanna Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Daerah Sabak Bernam

Sumber:
1.       Trends in maternal mortality: 1990 to 2015
2.       Pelan strategik KKM 2011- 2015
3.       Pelaksanaan Strategi  MDG 4& 5 di Malaysia- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di Mesyuarat membincangkan kemajuan pelaksanaan strategi MDG 4&5 kebangsaan Bil 1/ 2015, 6 Oktober 2015, Putrajaya
4.       A review of maternal mortality in Malaysia (2012)
5.       Ending Preventable Maternal Mortality : USAID Maternal Health Vision for Action,  June 2014
6.       Ending Preventable Maternal Mortality: USAID Maternal Health Vision for Action Evidence for Strategic Approaches, January 2015


No comments:

Post a Comment