Tuesday, 20 September 2016

PENYAKIT BERKAITAN DENGAN KEHAMILAN


  Semasa kursus pengukuhan perancang keluarga peringkat daerah Sabak Bernam diadakan pada 29 Oktober 2015 yang lalu, topik ini telah dibincangkan dan disampaikan oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr Hjh Noraini bt Jali. 


Antara penyakit berkaitan dengan kehamilan yang telah dibincangkan adalah
  •  Kencing manis semasa mengandung
  • Darah tinggi semasa mengandung 
  •  Pendarahan antepartum
  • Anemia semasa mengandung
  • Penyakit asma 
KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG 
  Siapakah yang berisiko mendapat kencing manis semasa mengandung (GDM gestational diabetes mellitus)? Berikut adalah senarai wanita hamil yang berisiko untuk mendapat GDM:


Wanita yang mempunyai risiko untuk mendapat GDM perlu membuat ujian glucose tolerance (MOGTT) pada usia kandungan seawal mungkin dan diulang pada 28 minggu kehamilan sekiranya bacaan kali pertama normal. Berikut ialah bacaan keputusan MOGTT:
Risiko perinatal untuk ibu hamil diabetes termasuk:
  • keguguran
  • IUGR (intrauterine growth restriction)
  • bayi besar >4kg (macrosomia)
  • kecederaan semasa lahir
  • lahir mati (intrauterine death IUD)
Dan kepada ibu, komplikasi seperti di bawah boleh berlaku:
  • darah tinggi kronik
  • pre- eclampsia
  • diabetic ketoacidosis
  • maternal hypoglycemia
  • kecederaan kepada sistem peranakan ibu
  • risiko kelahiran secara pembedahan
  • penyakit retina/ buah pinggang

DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG 

Penyakit darah tinggi semasa mengandung bermula selepas 20 minggu usia kandungan tanpa tanda- tanda eclampsia (sawan), dan bacaan tekanan darah kembali normal dalam masa 3 bulan selepas bersalin. 
Keadaan penyakit darah tinggi yang berbahaya semasa mengandung dipanggil pre- eclampsia dan eclampsia. Sekiranya penyakit ini dapat dikesan awal, serangan sawan (eclampsia) dapat dicegah. Ini kerana eclampsia boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi. 
Antara wanita yang berisiko mendapat pre-eclampsia termasuklah:
BMI> 35, kandungan kembar, BP tinggi semasa 'booking', kandungan anggur (molar pregnancy), primigravida, umur ibu >40 tahun, sejarah kandungan lalu- IUGR/ IUD, subfertility > 10 tahun. 

PENDARAHAN ANTEPARTUM (APH)
 


2 keadaan pendarahan antepartum yang berkaitan dengan perlekatan placenta (uri) ialah Placenta Praevia (PP) dengan 31% dan Abruptio Placenta, 22%. 
Pesakit yang mengalami PP akan mengalami pendarahan (tidak sakit), kerana kedudukan uri di bawah, berdekatan atau melitupi pintu rahim. Jenis- jenis PP dapat dikesan dan diketahui melalui pemeriksaan ultrasound (scan). 
Abruptio Placenta pula berlaku apabila uri terpisah dari dinding rahim. Sama ada pendarahan yang berlaku dapat dilihat (revealed) atau terselindung (concealed). Pesakit akan atau tidak mengalami pendarahan tetapi abdomen terasa sakit dan mengeras. Risiko kematian bayi dan ibu adalah tinggi untuk masalah pendarahan sebegini. 

ANEMIA SEMASA MENGANDUNG 
Hampir separuh daripada wanita mengandung di dunia ini mengalami masalah anemia (kekurangan Hemoglobin, sel darah merah). Keperluan zat besi dan vitamin juga tinggi semasa mengandung disebabkan perubahan fisiologi badan. Normal Hb bagi seseorang wanita ialah 11- 13g/dL. Anemia berlaku apabila Hb<11g/dL. Kebanyakan wanita mengalami 'mild anemia' iaitu anemia ringan. Tanda- tanda anemia teruk seperti cepat penat, lesu, pitam, dada berdebar- debar, sukar bernafas dan pucat. Prevalen anemia tinggi di kalangan remaja India, diikuti kaum Melayu dan Cina. 

Kesan anemia terhadap kelahiran:
  • kelahiran pramatang
  • bayi kurang berat badan
  • abruptio placenta
  • meningkatkan risiko pendarahan semasa kelahiran 

Wanita hamil disaran  untuk mengambil diet yang tinggi zat besi dan supplemen hematinic, serta mengurangkan makanan yang boleh merencat penyerapan zat besi untuk mengelakkan masalah anemia. 

ASMA SEMASA MENGANDUNG 
  Asma akan menjadi lebih teruk semasa mengandung dalam 35% kes, bertambah baik (28%), tidak berubah (33%) dan 4% lagi tidak pasti. Asma boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.


*Terdapat banyak lagi penyakit lain yang tidak dibincang di sini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan,  sila kemukakan soalan di komen. 

Disediakan oleh:
Dr Izanna Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Sabak Bernam 

 

No comments:

Post a Comment