Kenapa perlu merancang keluarga?
- Merancang keluarga adalah menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan yang baik, dan bilangan anak yang diingini oleh pasangan suami isteri.
2. Bilakah masa yang sesuai untuk wanita hamil?
- Wanita berumur di antara 20 hingga 35 tahun
- Kelahiran anak terakhir sekurang- kurangnya 2 tahun lalu, atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal dan optima
a) kelahiran terakhir pada Mei 2014. Selepas Mei 2016, boleh lah merancang untuk mempunyai anak lagi
b) seorang ibu mempunyai penyakit kencing manis (diabetes mellitus), sekiranya kencing manis terkawal, Hba1c <6.5%, maka keadaan ini dikira optimum untuk ibu tersebut hamil lagi. Rawatan ubat kencing manis (insulin) perlu diteruskan sepanjang kehamilan
- tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
- pasangan ingin mempunyai anak
3. Apakah faedah merancang keluarga?
- meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak- anak
- membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
- untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini
- untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
- merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga
#familyplanning #perancangkeluarga #contraception #sabakbernam
No comments:
Post a Comment