Monday 5 September 2016



 Idea penubuhan Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Daerah Sabak Bernam ini datang daripada Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Dr Hjh Jamaliah bt Jamil. Kumpulan sokongan perancang keluarga ini ditubuhkan pada 21 Mei 2015, dengan keahlian seramai 38 orang. Ahli kumpulan terdiri daripada anggota kesihatan dan ahli komuniti mewakili setiap klinik kesihatan di daerah ini- Klinik Kesihatan Sekinchan, Sungai Besar, Bagan Terap, Parit Baru, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dan Merbau Berdarah.

Objektif am penubuhan kumpulan sokongan perancang keluarga ini adalah untuk menyampaikan maklumat yang betul tentang amalan perancang keluarga kepada ahli komuniti di Daerah Sabak Bernam.

Objektif khusus:
1. Menjadi pembimbing kepada wanita dalam usia reproduktif untuk mengamalkan perancang keluarga yang berkesan
2. Menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan dan kaedah perancang keluarga yang berkesan
3. Menjadi role- model untuk amalan perancang keluarga yang berkesan

Keahlian:
• Ahli dipilih melalui setiap klinik kesihatan di daerah Sabak Bernam
• Ahli bersetuju dan perlu menandatangani borang persetujuan untuk menganggotai kumpulan sokongan perancang keluarga 


 
• Mendapat pengetahuan dan maklumat yang betul tentang perancang keluarga
• Dapat menghadiri kursus- kursus anjuran PKD Sabak Bernam
• Untuk staf kesihatan, dapat menambah pengetahuan dan kemahiran sewaktu berjumpa dengan klien di klinik
• Mendapat sijil keahlian dan kad ahli yang laku 2 tahun 


 

 
• Keahlian percuma





Ditulis oleh,
Dr Izanna Ideris
Pegawai Perubatan UD48
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Daerah Sabak Bernam


No comments:

Post a Comment