Mumtaz Mahal telah berkahwin pada tahun 1612 pada usia 19 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun sewaktu melahirkan anak yang ke-14, Gauhara Begum.
Wednesday, 21 September 2016
Tuesday, 20 September 2016
PENYAKIT BERKAITAN DENGAN KEHAMILAN
Semasa kursus pengukuhan perancang keluarga peringkat daerah Sabak Bernam diadakan pada 29 Oktober 2015 yang lalu, topik ini telah dibincangkan dan disampaikan oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr Hjh Noraini bt Jali.
Antara penyakit berkaitan dengan kehamilan yang telah dibincangkan adalah
- Kencing manis semasa mengandung
- Darah tinggi semasa mengandung
- Pendarahan antepartum
- Anemia semasa mengandung
- Penyakit asma
Siapakah yang berisiko mendapat kencing manis semasa mengandung (GDM gestational diabetes mellitus)? Berikut adalah senarai wanita hamil yang berisiko untuk mendapat GDM:
Wanita yang mempunyai risiko untuk mendapat GDM perlu membuat ujian glucose tolerance (MOGTT) pada usia kandungan seawal mungkin dan diulang pada 28 minggu kehamilan sekiranya bacaan kali pertama normal. Berikut ialah bacaan keputusan MOGTT:
Risiko perinatal untuk ibu hamil diabetes termasuk:
- keguguran
- IUGR (intrauterine growth restriction)
- bayi besar >4kg (macrosomia)
- kecederaan semasa lahir
- lahir mati (intrauterine death IUD)
- darah tinggi kronik
- pre- eclampsia
- diabetic ketoacidosis
- maternal hypoglycemia
- kecederaan kepada sistem peranakan ibu
- risiko kelahiran secara pembedahan
- penyakit retina/ buah pinggang
DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG
Penyakit darah tinggi semasa mengandung bermula selepas 20 minggu usia kandungan tanpa tanda- tanda eclampsia (sawan), dan bacaan tekanan darah kembali normal dalam masa 3 bulan selepas bersalin.
Keadaan penyakit darah tinggi yang berbahaya semasa mengandung dipanggil pre- eclampsia dan eclampsia. Sekiranya penyakit ini dapat dikesan awal, serangan sawan (eclampsia) dapat dicegah. Ini kerana eclampsia boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi.
Antara wanita yang berisiko mendapat pre-eclampsia termasuklah:
BMI> 35, kandungan kembar, BP tinggi semasa 'booking', kandungan anggur (molar pregnancy), primigravida, umur ibu >40 tahun, sejarah kandungan lalu- IUGR/ IUD, subfertility > 10 tahun.
PENDARAHAN ANTEPARTUM (APH)
2 keadaan pendarahan antepartum yang berkaitan dengan perlekatan placenta (uri) ialah Placenta Praevia (PP) dengan 31% dan Abruptio Placenta, 22%.
Pesakit yang mengalami PP akan mengalami pendarahan (tidak sakit), kerana kedudukan uri di bawah, berdekatan atau melitupi pintu rahim. Jenis- jenis PP dapat dikesan dan diketahui melalui pemeriksaan ultrasound (scan).
Abruptio Placenta pula berlaku apabila uri terpisah dari dinding rahim. Sama ada pendarahan yang berlaku dapat dilihat (revealed) atau terselindung (concealed). Pesakit akan atau tidak mengalami pendarahan tetapi abdomen terasa sakit dan mengeras. Risiko kematian bayi dan ibu adalah tinggi untuk masalah pendarahan sebegini.
ANEMIA SEMASA MENGANDUNG
Hampir separuh daripada wanita mengandung di dunia ini mengalami masalah anemia (kekurangan Hemoglobin, sel darah merah). Keperluan zat besi dan vitamin juga tinggi semasa mengandung disebabkan perubahan fisiologi badan. Normal Hb bagi seseorang wanita ialah 11- 13g/dL. Anemia berlaku apabila Hb<11g/dL. Kebanyakan wanita mengalami 'mild anemia' iaitu anemia ringan. Tanda- tanda anemia teruk seperti cepat penat, lesu, pitam, dada berdebar- debar, sukar bernafas dan pucat. Prevalen anemia tinggi di kalangan remaja India, diikuti kaum Melayu dan Cina.
Kesan anemia terhadap kelahiran:
- kelahiran pramatang
- bayi kurang berat badan
- abruptio placenta
- meningkatkan risiko pendarahan semasa kelahiran
Wanita hamil disaran untuk mengambil diet yang tinggi zat besi dan supplemen hematinic, serta mengurangkan makanan yang boleh merencat penyerapan zat besi untuk mengelakkan masalah anemia.
ASMA SEMASA MENGANDUNG
Asma akan menjadi lebih teruk semasa mengandung dalam 35% kes, bertambah baik (28%), tidak berubah (33%) dan 4% lagi tidak pasti. Asma boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.
*Terdapat banyak lagi penyakit lain yang tidak dibincang di sini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan di komen.
Disediakan oleh:
Dr Izanna Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Sabak Bernam
KURSUS PENGUKUHAN PERANCANG KELUARGA PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM
Kursus ini telah dihadiri oleh ahli Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Sabak Bernam dan beberapa Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan dan Jururawat Masyarakat dari seluruh klinik kesihatan di daerah ini.
Objektif kursus:
1. Mempertingkatkan tahap pengetahuan pegawai/ anggota kesihatan dan anggota kumpulan sokongan perancang keluarga daerah Sabak Bernam dalam bidang ini
2. Mempertingkatkan kemahiran untuk mengenalpati wanita berisiko untuk hamil
Monday, 19 September 2016
KEMATIAN IBU (MATERNAL MORTALITY)
APA ITU KEMATIAN
IBU?
Kematian
ibu adalah kematian yang berkait dengan komplikasi kehamilan dan kelahiran. Definisi
kematian ibu (maternal death) menurut WHO:
“A
maternal death is defined as the death of a woman while pregnant or within 72
days of termination of pregnancy, irrespective of the duration and site of the
pregnancy, from any cause related to or aggravated by the pregnancy or its
mangement but not from accidental or incidental causes”
Secara
keseluruhan, kadar kematian ibu adalah 20 kali lebih tinggi di negara membangun
berbanding dengan negara maju.
Dianggarkan
seramai 10.7 juta wanita di seluruh dunia meninggal dunia dalam tempoh 25 tahun
dari 1990- 2015 akibat komplikasi kelahiran. Kematian akibat bersalin dapat
dielakkan sekiranya wanita mengambil langkah pencegahan awal ketika mengandung
dan melahirkan anak.
Matlamat
Pembangunan Milenium (Millenium
Development Goal MDG) telah diperkenalkan semasa Persidangan Kemuncak
Millenium Bangsa- Bangsa Bersatu di New York pada September 1990. Terdapat 8
petunjuk utama yang merupakan agenda nasional, di mana Malaysia amat komited ke
arah mencapai semua petujuk MDG tersebut. MDG 5 merujuk kepada matlamat untuk mencapai penurunan kadar kematian ibu
kepada 11 per 100, 000 kelahiran hidup
pada tahun 2015. Selaras dengan MDG,
seharusnya kesihatan reproduktif dan seksual disediakan secara berkesan dan
berkualiti kepada semua wanita. Ini boleh dilakukan dengan memberi kefahaman
mengenai pentingya perancangan keluarga bagi mengelak masalah kandungan yang
tidak diinginkan serta kehamilan terlalu kerap.
Selepas
2015, Malaysia perlu bersedia untuk mencapai Pasca 2015 yang telah ditetapkan oleh
PBB pada 2012 iaitu SDG (Sustainable Development Goals)- Matlamat Pembangunan
Lestari bermula 2016- 2030. SDG ini merupakan sasaran utama global untuk
menurunkan kadar kematian ibu kepada kurang daripada 70 per 100,000 kelahiran
hidup menjelang 2030. Ia juga menitikberatkan penurunan kadar kematian yang
boleh dicegah (preventable causes).
KADAR KEMATIAN
IBU DI MALAYSIA
Menurut
Pelan Strategik KKM 2011- 2015, Malaysia menyasarkan kadar kematian ibu bagi
100,000 kelahiran hidup berkurangan dari 30 pada tahun 2010 kepada 11 pada
tahun 2015.
Kadar Kematian Ibu dari 1933 hingga 2012 |
Graf
perbandingan kadar kematian ibu di Malaysia dengan matlamat MDG5
- Sebelum tahun 2000, Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kematian ibu (MMR) secara mendadak
- Dari tahun 2000- 2012, MMR mengalami penurunan kecil antara 28.1 dan 23.2 kematian per 100, 000 kelahiran hidup
- Walaupun jauh dari sasaran MDG, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran bagi indikator lain: iaitu peratus kelahiran selamat, liputan penjagaan antenatal, peningkatan Contraceptive Prevalance Rate dan penurunan kadar kelahiran kalangan remaja
Antara
punca kematian ibu termasuk- pendarahan (terutama selepas bersalin), penyakit
darah tinggi sewaktu hamil (pre- eclampsia/ eclampsia), jangkitan kuman
(puerperal sepsis), pembentukan darah beku, penyakit jantung, komplikasi
keguguran dan komplikasi masalah perubatan yang lain.
Punca Kematian Ibu |
FAKTOR- FAKTOR
MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN KADAR KEMATIAN IBU DI MALAYSIA
Jumlah kedatangan wanita hamil ke klinik meningkat dari 6 pada tahun 1980 keapada 12 lawatan pada 2010.
B) Pengenalan program kesihatan untuk wanita dan kanak- kanak
1950- program MCH (Maternal and Child Health)
1970- High risk approach in MCH care
1980- Safe Motherhood
1990- CEMD (Confidential Enquiry into Maternal Deaths)
C) Mengenal pasti kumpulan berisiko untuk hamil melalui colour coding system (sistem kod warna)
D) Peningkatan kelahiran selamat di mana kelahiran disambut oleh jururawat/ doktor terlatih dan kurang kelahiran yang disambut oleh bidan tradisional
PERANAN PERANCANG KELUARGA TERHADAP PENURUNAN KADAR
KEMATIAN IBU
Di
seluruh dunia, 4 daripada 10 kehamilan adalah tidak dirancang. Menurut Dr
Anneliese Schnekhagen dari Pusat Endokrinologi Ginekologi dan Perubatan
Reproduktif, Jerman, kehamilan tidak dirancang boleh dibahagikan kepada dua; 60%
kehamilan berlaku pada masa yang salah (lebih cepat daripada yang diinginkan)
dan 40% pula kehamilan yang tidak dikehendaki langsung. Salah satu punca
kehamilan tidak dirancang adalah kerana kekurangan perkhidmatan dalam perancang
keluarga khususnya di Afrika, Amerika Selatan dan Asia (maklumat dari PBB).
Amalan
perancang keluarga penting bagi mencegah ibu berisiko untuk hamil dalam keadaan
belum bersedia. Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan kepada ibu- ibu yang
dikenalpasti menghadapi masalah dan komplikasi kesihatan untuk menjarakkan
tempoh mengandung sekurang- kurangnya dua tahun. Jarak kehamilan yang disyorkan
oleh Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan bagi Penyiasatan Kematian Ibu adalah 2
tahun agar ibu kembali pulih dari semua aspek (fizikal, fisiologi, emosi,
mental, sosial, ekonomi dan lain- lain) serta dapat menumpukan kepada penyusuan
bayi sekurang- kurangnya 6 bulan secara eksklusif. Terdapat sebanyak 50- 70%
kes kematian ibu di kalangan wanita yang tidak pernah mengamalkan perancang
keluarga seperti yang dilaporkan KKM, 2009- 2011.
Jadi, perkhidmatan perancang keluarga yang terdapat
di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta di Malaysia dan serata dunia perlu
fokus kepada tujuan safe motherhood iaitu
demi kepentingan dan kesihatan ibu dan bayi.
Disediakan oleh,
Dr Izanna Ideris
Pengerusi Kumpulan Sokongan Perancang Keluarga Daerah
Sabak Bernam
Sumber:
1.
Trends in maternal mortality: 1990 to 2015
2.
Pelan strategik KKM 2011- 2015
3.
Pelaksanaan Strategi MDG 4&
5 di Malaysia- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
di Mesyuarat membincangkan kemajuan pelaksanaan strategi MDG 4&5 kebangsaan
Bil 1/ 2015, 6 Oktober 2015, Putrajaya
4.
A review of maternal mortality in Malaysia (2012)
5.
Ending Preventable Maternal Mortality : USAID Maternal Health Vision
for Action, June 2014
6.
Ending Preventable Maternal Mortality: USAID Maternal Health Vision for
Action Evidence for Strategic Approaches, January 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)